Thursday, March 14, 2013

Missing So Much

Dear Bloggie, 

Seriously i hate this feeling. Feeling when you need to flashback all the memories, sumthing that can make u smile, can make u laugh and maybe sumthing that can make u cry, something that make u stronger to face the reality of life. I MISS DUBAI SO MUCHHHHHH!!! DAMN MUCH. Rasa macam nak turn back time, around 2007/2008 where my life there. Enjoying life there, even tho working like ****.

Rasanya jarang sangat balik keje hari masih cerah, bulan pose kot balik masih terang laie tanah.. Kalau tak dah kuar embn jantan baru balik. Seriosly missed DUbai so much. People there, who give me a lot of valuable experince. Tadi drive memalam, tetibe la terflash back memories kat sane, balik-balik umah, terpaksa la bukak semula external, tgk balik gambar-gambar lame.Seronok, lucu, sedey..all into one now.. :) 

Takpela, malas nak crita lebey la.. Masa lalu adalah kenangan, sekarang adalah kenyataan, masa depan adalah impian. So, biarlah kenangan tu dijadikan pengajaran n pengalaman, hadapi kenyataaan untuk mengubah masa depan yang lebey sempurna. Inshaallah..

Here is some pic yang I rasa nk up for all to see how my life there.. ;)

Island Escapade- Um Al Quwain with Malaysian 

Desert Safari

Island Escapade

Me n Bro in Global Village

Desert Safari- Office Mate

Desert Safari- Group Pitcha

Bila naik gila ikot g memancing.. This is MINE!

Abu Dhabi Fishing Trip

This is MINE too.. ;)

Weird Fish rite.. ;)

Ape pun, SAYA SANGAT RINDUKAN DUBAI.. SANGAT!!!





Monday, March 11, 2013

~Tip Lulus Temu Duga Sektor Swasta~


Assalamualaikum...
Hello Sume.. ;)
Here some tips, for those yang nak pegi interview. Semoga iannya membantu. For me also, sebab ingat masa pegi interview aritu, bukan main nebes laie.. Butterfly in my stomach.. ;)

Tip Pertama: Tujuan
Sebagai orang Islam, kita mesti tahu perkara pertama yang perlu ada sebelum kita buat sesuatu perkara, bukan? Ya, niat.
Niat anda mencari kerja mesti betul, agar keseluruhan acara bekerja diberkati Allah yang setiap saat memerhatikan kita dari atas sana. Kerja itu ibadat.
Jadi, pastikan kita bekerja kerana Allah. Kalau bekerja kerana mak ayah, sudah pasti muncul dalam imaginasi kita gambaran kita memberi wang RM500 sebulan kepada mak ayah.
Tetapi kalau kerja untuk Allah, bagaimana?
Ya, untuk menambah baik masyarakat sekeliling dan semuanya. Orang kata add value.
Kita bekerja untuk membolehkan diri kita menyahut saranan Allah untuk add value dalam umat manusia, bermula dengan add value dalam keluarga (keturunan), kejiranan, kampung, negeri, negara dan dunia.
Allah suruh kita buat baik, memberi makan kepada orang miskin dan anak yatim, bantu-membantu, mengeluarkan zakat, bersedekah dan menyampaikan ilmu.
Ini semua kita tidak dapat dilakukan kalau tidak ada duit. Nak dapatkan duit kena kerja. Jadi, bekerjalah kita kerana Allah.

Tip Kedua: Persediaan 


01.Berfikiran Positif
Sekiranya kita mengakui kita memang sejenis manusia bercas positif, maka di hari temu duga kita pasti akan positif tahap maksimum. Dalam masa mencari kerja (menganggur), buatlah perkara-perkara yang anda selesa dan bagus padanya (good at it). Makan makanan yang anda suka. Nikmati setiap detik "bercuti" dengan kawan-kawan. Do not over confidence, just... smart.
02.Studi Menyeluruh
Sekarang sumber informasi banyak, jadi pastikan sebelum ke bilik temu duga sesebuah syarikat, kita sudah tahu sebanyak mungkin maklumat berkenaan syarikat tersebut. Paing tidak, hal semasa dan asas perniagaannya, lingkungan produknya dan cawangannya. Kalau ke bilik temu duga Proton dan penemu duga menyebut tentang hal semasa Proton seperti, "Lately our company is having a great discussion about engaging partnership with Volkswagen, what do you think about this issue?" Dan kalau kita jawab, "Oh, really? I actually don't really know that." Itu memang menggali kubur sendiri. Juga studi lokasi temu duga (termasuk aliran trafik waktu puncak) sehari sebelum sesi untuk datang 30 minit lebih awal nanti.
03.Berlatih
Cakap depan cermin dan lihat bahagian mana yang perlu diperbaiki. Gaya tangan, nada suara, atau leher. Manalah tahu nak speaking punya sampai tergeliat leher... hehe. Boleh juga ajak kawan untuk konon-konon jadi si penemu duga.
04.Resume
Resume mesti ringkas dan padat, paling tidak dua muka surat. Kemudian. Semua item dalam resume akan menjadi modal bagi penemu duga untuk bertanyakan soalan. Boleh lihat nanti bila dia nak tanya soalan, dia akan belek-belek resume kita dengan muka tak percaya. Jadi, pastikan semua butiran dalam resume itu anda tahu keseluruhan ceritanya. Bawa back up document. Kalau dalam resume kita menyatakan tentang projek akhir tahun, bawa laporannya.
05.Sekufu
Sekiranya mahu cepat dapat kerja, aim dulu company yang sekufu dengan PNGK kita. Kalau grad 2.33 dalam bidang kejuruteraan Mekanikal mahu target Shell atau Slumberger memang susahlah bang. Cari syarikat swasta biasa-biasa dulu. Sama ada syarikat tersebut kena dengan cita rasa atau tidak, tidak kisah. Apa yang penting ialah mencari pengalaman pertama berkerja. Selepas ada pengalaman setahun dua, kalau rasa nak demand, silakan.
07.Pakaian
Bagi jawatan eksekutif seperti eksekutif pentadbiran, arkitek, jurutera palnner dan lain-lain: kemeja warna cerah, seluar gelap, kasut hitam, rambut pendek (kalau boleh buat stail Carlo Ancelotti) dan kenakan tali leher; warna biar waras jangan pakai klip Doraemon pula. Bagi anda si gadis comel-comel, saya rasa saya tak perlu nak komen lebih, anda semua lebihexpert bab pakaian, bukan? Pemakaian tidak ada kompromi. Jatuh cinta tahu pula pandang pertama. Jadi, jangan tak tahu perkara itu juga boleh berlaku di bilik temu duga. First impression bukan perkara main-main.

Tip Ketiga: Perkara Asas

Sahsiah diri. Perkara ini adalah 'kemasan diri' atau kekuatan EQ kita. Graduan dengan 3.50 pointer ke atas pun belum tentu pandai dalam bab ni. Jadi ini peluang sama rata untuk semua lapisan CGPA.
01.Tepati Masa
30 minit awal untuk rileks, hirup udara dalam perusahaan, dan berak dulu kalau perut bertindak mahu menjahanamkan sesi temu duga anda... hehe. Pokoknya, ambil masa untuk bersedia.
02.Jadi Diri Sendiri
Ya, betul kita dah buat studi, berlatih, dan self talk malam semalam bagai nak rak tapi jangan biarkan skrip-skrip itu semua membuatkan anda jadi seperti robot. Jangan asyik ulang benda dalam kepala takut lupa, just let it go. Kosongkan fikiran dan free. Biarkan skrip-skrip tadi berada di belakang kepala yang akan keluar secara spontan dan natural.
03.Jujur
Syarikat adalah pembeli, dan kita datang pada hari itu untuk menjual diri. Maka, kita dengan ikhlas perlu target bagi mencapai win-win situation. Syarikat mendapat pekerja yang baik, pekerja mendapat syarikat yang sesuai dengan diri. Jadi, kita kena jujur. Tak suka, cakap tak suka. Tak tahu, cakap tak tahu dalam bentuk terbaik. Kalau kita yes sir saja memanjang untuk pancing kerja, nanti dapat kerja yang tak kena jiwa, bos pening kepala malah kita juga turut merana.
04.Be Cool
Jangan gentar. Penemu duga itu adalah pak cik seseorang yang suka menyiram pokok bunga pada pagi hari minggu. Alah, macam pak cik kita juga. Jadi, jangan masuk ke dalam bilik temu duga dengan kepala lutut bergetaran dan perut berombak-ombak. Rileks dan anggap temu duga sebagai sesi berbual-bual.
05.Bahasa Badan
Anda tahu 70% komunikasi adalah pada bahasa badan? 10% pada intonasi suara dan hanya 20% pada bahasa. Sebab itulah walau pun tidak pandai bercakap, babun Afrika boleh hidup bermasyarakat hanya dengan terpekik-pekik kala singa tiba-tiba muncul. Justeru, perlu tahu bermain mata. Kalau ada tiga penemu duga, pandang mereka sama rata jangan sampai ada yang merajuk. Tangan tak boleh tetap pada satu kedudukan, mainkan ia ikut irama kata. Jangan biar lama atas meja, jangan biar lama bawah meja. Muka kita pula mesti penuh minat, penuh konsentrasi, penuh tenaga. Sekali anda menguap depan penemu duga, memang tidak ada harapanlah jawabnya.Begitu juga, anda perlu bijak membaca bahasa badan penemu duga dan kendalikan sebaiknya.


Tip keempat: Temu Duga

01.Butiran spesifik.
Soalan pembukaan paling popular adalah "Introduce yourself, please." Baik, jangan lupa untuk senyum dulu dan ucapkan terima kasih. Beri biodata ringkas, termasuk hobi. Ulas tentang kursus yang kita ambil serta kekuatan diri. Jangan meleret, just nice. Anda perlu ingat, ini bukan soalan suka-suka, sebenarnya ia satu soalan tidak langsung kepada soalan langsung iaitu, "Why should we hire you?"
02.Pandu Sesi Soal Jawab
Sebenarnya, kita boleh pancing tukang temu duga ke arah skop yang kita kuasai. Kadang-kadang penemu duga menyediakan soalan, kadang-kadang tidak. Justeru, soalannya akan berbuah daripada jawapan kita pada soalan sebelumnya. Semasa menjawab soalan, secara automatik kita sepatutnya dapat menjangka soalan yang bakal keluar dan kalau kita boleh pandu soalan-soalan itu ke ruang lingkup pengetahuan kita, itu adalah peluang keemasan! Jadi, cuba beri jawapan yang berpotensi memancing minat penemu duga untuk bertanya lagi berkenaan subjek kita itu. That's it!
03.Cara Berdalih
Kadang-kadang rantaian atau tembakan soalan akan sampai ke satu titik yang memerlukan kita cakap, "Sorry I don't know." Ish, takkan nak cakap tak tahu, jatuhlah saham kan? Memang ada penemu duga yang sengaja nak jatuhkan kita. Dia cornered kita dengan soalan tahap CEO, dia tanya, tanya dan tanya sampai kita terkencing. Kadang-kadang memang kita boleh nampak niat "jahat" dia ke situ. Tak adalah "jahat", lain penemu duga lain cara. Kita pula nak cakap tidak tahu, takut gagal temu duga. Lalu kita pun cuba untuk menipu. Sila jangan cuba untuk menipu penemu duga, kalau tidak tahu, kenalah tahu bahawa ada banyak cara untuk cakap tak tahu dengan cara berhemah.
Kita kena jual diri kita berdasarkan apa benda yang kita ada, dan kejujuran adalah satu benda bernilai yang paling penemu duga suka. Jujur, dan katakan "I am sorry sir I am afraid I do not know to explain on the subject. However I believe learning is my responsibility if I am hired." Jangan cuba tembak, jangan tipu. There is no right or wrong answer. Kadang-kadang penemu duga pun tak tahu, dia acah saja pun ada. Semuanya adalah perbincangan. Dan sebenarnya, penerangan kita itu yang akan pancing minat penemu duga. Dia boleh menghakimi kita bukan daripada segi betul atau salah jawapan kita itu, tetapi cara kita berbincang boleh mencerminkan apakah kita jenis yang sembang tanpa fakta, cuai, tiada keyakinan diri, atau tidak tahu buat kerja. Jadi, jawab berdasarkan apa yang kita tahu. Boleh jadi apa yang kita tahu itu salah dan kita cuma jujur beritahu bahawa memang sekadar itu yang kita tahu. Pastikan anda mengakui dengan penuh karisma dan profesionalisme, penemu duga akan suka untuk menjelaskannya kepada kita nanti. Dia pun mahu tunjuk action juga.
04.Gaji
Sesi interview adalah sesi jual beli. Jadi, jadilah bijak untuk pancing gaji. Biasanya setiap syarikat ada standard gaji permulaan untuk fresh graduates. Tidak usah risau. Bagi mereka yang sudah ada pengalaman, pasti tahu bagaimana nak kaw tim offer.
Akhir sekali, jangan putus asa, senantiasa bertawakal. Cuba sampai dapat, bila dah dapat cuba improve diri untuk mencari kerja yang betul-betul untuk jangka masa panjang.


Source: I Luv Islam

P/S: Usaha, Berdoa and Tawakkal dalam ape jua yang kita buat dalam hidup kita ni. Redha and ikhlas dalam menerima ape jua perkara yang berlaku dalam hidup kita. Semoga hidup kita sentiasa diberkati and diredha sentiasa.

GUD LUCK for INTERVIEW Session.. ;)
To ME also... hihihihi

Tips Gembira Sepanjang Masa


Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orangSebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.

Source : I Luv Islam

Be Happy, Smile n Positive always.. ;)

Mulia Memaafkan & Menahan Marah


"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya." (Hadis Riwayat Muslim)
"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Nabi s.a.w. bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (Hadis Riwayat Muslim)
Allah SWT berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang mahupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran : 133-134)
Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari Khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai, tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (Hadis Riwayat Muslim)
"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Taghobun : 14)
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Nuur : 22)

Source: I Luv Islam
P/s :Marilah kita semua menjadi pemaaf.. walau besar mana kesalahan orang pada kita, MAAFKAN dengan ikhlas.. Semoga kita happy selalu dengan memaafkan.. ;)

Friday, March 8, 2013

Bunny's Journal Road Tour Show 3313

Hello all.. ;)

Long time didn't see u.. hehehhe... eh, wanna tell u sumthing. Last weekend, Bunny's Journal group made 2nd road tour for the month of March, in Laman Budaya Shah Alam. Enjoy, dapat lepak sesama ngan member-member. But, ada 1 jek benda tak besh jadi kat I la.. :'(
Mcam ni critanya, ari Sabtu sebelum kejadian, Seharian la i kat luar, g UNISEL jumpe ngan ayahnda Hj Mesari,pastu g Ampang Park buat keje bodo siket, malam dah nk maghrib baru la sampai rumah... seharian tu memang batuk teruk gak la,tapi still ada suara... siap bole melalak laie dalam keta on the way balik. 

Malamnye, banyak la benda yang nak digunakan keesokan harinye kene prepare... eleh... mcm byk sangat jek nk buat....  So aktiviti memotong, menyusun, menulis semuanye aku buat malam tu sebab suma pun baru beli n ada malam tu. Sambil dok depan tv, tengok cerekarama, sambung crita kerat 14, smbung crita Pawn Star, maka habis la keje aku untuk barang-barang esok hari. Masa tu dah kul 2.30-3am kot if not mistaken. Masuk bilik ape laie.. lelap sampai pagi. Seda-seda dah kul 6.30am, terus ke dapo, kuarkan ikan dari fridge rendam. Then mandi. Lepas mandi ke dapo, kemas dapo n ruma siket, masak lebey kurang untuk orang yang kat umah which is adik-adik n anak- anak buah since mak and anjang balik kampung i kene la take over. Tu yang kene masak tu. menu simple gile sbb nak cepat kan. Ikan tongkol masak kicap. DONE.. ;) yayyyyy!!!

Pastu dah masak confirm la berbau masakkan.. so, 2nd round mandi.. ;) Siap lebey kurang, gerak dari umah kul 8.40am kot. Drive alone, drive pagi-pagi ahad kat KL ni nyaman sungguh.. by 9 lebey kot smpai dah Shah Alam. Waahhhh... besh.. ;) cepat jek sampai...

Sampai jek, bila bersuara.. OMG..nobody can hear my voice... This thing happened gak mase Faliq call pagi tu, memang berbisik la kan..kikkiki...Dah jadinye sume orang gelakkan I..Oh.. kesian.. hihihi. Macam mane nak jaga registration counter camni kalau sore takde?? hihih

Sampai tu set up la ape yang patut, arrange things, gantung banner, tiup belon, ikat belon n gantung. Sekali tu, meja plak ak cukup atas sebab2 yang tak dijangka. Kelam kabut gak la nak cari meja, but the best thing when GK searching n found something like a counter abandoned. So kerja-kerja membersih n buat counter tu jadi cantik diaorg la buat.. Aiman, GK, Faizal helping out on that la.. :) 

So, aktiviti kali ni same ngan bulan lepas, ada bunny show competition, ada fancy bunny competition,and ada penambahan on bunny clinic, speakers Dr Azam, and ada game teka berat arnab. It supposed to be ada satu laie game, but atas sebab2 yang tak dapat nak di elakkkan tak dapat la buat game tu.. Maybe next event kot.. hihihi

Event start with ice breaking, introduction, ramai gak rupenye yang I tak tau which is which.. hihihi. Then continue with bunny clinic, lepas tu baru la bunny show competition... penyertaan ok la..tapi tak sebanyak macam last event since kita limitkan bunny, max no of 4 jek. so kurang la bunny yang masuk bertanding. Semuanye berjalan mengikut ape yang dirancang, so smooth jek. Alhamdulillah. :) Tapi masa sebelum nak start fancy bunny, hujan sekejap. Maka kelam kabut la memindahkan aper yang patut dipindahkan. :) nasib baik la tak hujan lebat sangat. :) 

Nak congrats kat pemenang2 dari semua kategori. Terima kasih gak kat sponsor2 yang sponsor hadiah.Semoga murah rezeki, next event leh la sponsor laie.. hihihi...

So happy la bile dapat gathered ramai2 macam ni.. :) Semoga panjang umur and diberi kesempatan untuk bersama akan datang. :) driving alone back to KL ngan hujan lebat menemani.. wahhhhh.. ayat nak sedap.. ;)
Driving ngan mengantuk n keletihan. But alhamdulillah happy and enjoy. 

Collapse sesampai dirumah.. ngeeeee....

Here some pict yang I copy dr Vsa Jane blog.. ;) n originally from Bin Ahmad.. ;)  Thanks for a nice pict.. ;)

Group committees n Judges
Committes with Prizes

Kakak comel ;)

Group Pitcha...






Daisypath Tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers